::::..::PhotoGrapher_sPaCe::..:::

..::Salam Mesra Abadi::..
nama diberi Salbiah bte Ab Razak,dilahirkan didunia pada 25 Ogos 1989,anak kelahiran Johor Darul Takzim,seorang bekas pelajar dari :-
* Sek.Keb.Temiang,Muar
*Sek.Keb Pulau Sebang,Melaka
*Sek.Keb.Men Tampin,Negeri Sembilan
*Institut Latihan Perindustrian Selandar,Melaka
*Universiti Sains Malaysia,
*Kolej Yayasan Melaka,Melaka
dan sekarang berkerja sebagai seorang pelajar photographer dan designer yang sememang yer minat aq sejak dari seklh lagi...
insya allah pas nie sambong lagi balaja kat unikl@klmu.
nak knal kite ngn lebih dkat lagi...??sy anak ke-4 dari 4 adik beradik dan seorang yang agak pemalu tapi suke b'kawan
suke pada k'tenangan,xsuke bising² tatot...suke ambik gmbar tapi xsuke b'gambar,kahkah..suke sangat pada baby n budak kecik sebb diaorg makhluk ALLAH yg kiut n bersih dalam dunia nie...kalo nak cite sume mmg banyk sampai kapan pown xabis...so..don't worry kite xcombong salam kenalan dan ukhwah fillah dari saya love u all muahck......

Tuesday, December 29, 2009

Jangan Lupa Lirik Musim Ke-2

PROGRAM televisyen popular yang dikendalikan pengacara nombor satu, Aznil Nawawi, Jangan Lupa Lirik akan kembali untuk musim kedua tidak lama lagi.

TIDAK perlu memiliki suara yang merdu atau bimbang dengan nyanyian yang sumbang, kerana untuk menjadi salah seorang jutawan segera, peserta hanya perlu menghafal lirik dengan tepat.

Program televisyen popular yang dikendalikan pengacara nombor satu, Aznil Haji Nawawi, Jangan Lupa Lirik yang disiar Astro Ria musim pertama tahun lalu bakal muncul untuk musim kedua tidak lama lagi.

Astro RIA yang terus sinonim dengan penerbitan rancangan realiti kini terus membuka peluang kepada mereka yang ingin menyertai rancangan kuiz berbentuk hiburan untuk menghadiri sesi uji bakat.

Pengurus Salurannya, Khairul Mizan Shagul berkata, pihaknya berpuas hati dan berbangga apabila rancangan yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan penonton pada musim pertama.

“Kami sebenarnya tidak teragak-agak untuk meneruskan rancangan ini yang memberi peluang untuk peserta memenangi RM1 juta dengan hanya melepasi 10 saringan lagu saja.

“Mereka yang berminat tidak perlu mempunyai suara yang lunak tetapi memadai jika mereka dapat melontarkan suara mereka dengan baik mengikut alunan lagu.

“Paling penting, mereka haruslah mempunyai kebolehan untuk menghafal lirik lagu dengan baik dan mempunyai personaliti yang ceria,” katanya.

Sesi uji bakat bagi mencari peserta rancangan kuiz berbentuk hiburan Jangan Lupa Lirik ini akan diadakan pada 7 dan 8 Mac ini di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pertandingan terbuka kepada warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan perlu mempunyai perwatakan dan personaliti yang menarik. Mereka yang berminat hanya perlu membawa sekeping gambar bersaiz 4R dan biodata masing-masing.

Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan mereka yang berminat digalakkan hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Jangan Lupa Lirik sebuah rancangan kuiz berbentuk hiburan yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah utama sebanyak RM1 juta jika berjaya melepasi 10 saringan buah lagu. Ia memerlukan kemampuan peserta untuk menghafal lagu yang disediakan. Sebanyak sembilan kategori disediakan merangkumi lagu popular tempatan termasuk lagu sejak dari zaman 60-an lagi.

No comments: