PROGRAM televisyen popular yang dikendalikan pengacara nombor satu, Aznil Nawawi, Jangan Lupa Lirik akan kembali untuk musim kedua tidak lama lagi.
TIDAK perlu memiliki suara yang merdu atau bimbang dengan nyanyian yang sumbang, kerana untuk menjadi salah seorang jutawan segera, peserta hanya perlu menghafal lirik dengan tepat.
Program televisyen popular yang dikendalikan pengacara nombor satu, Aznil Haji Nawawi, Jangan Lupa Lirik yang disiar Astro Ria musim pertama tahun lalu bakal muncul untuk musim kedua tidak lama lagi.
Astro RIA yang terus sinonim dengan penerbitan rancangan realiti kini terus membuka peluang kepada mereka yang ingin menyertai rancangan kuiz berbentuk hiburan untuk menghadiri sesi uji bakat.
Pengurus Salurannya, Khairul Mizan Shagul berkata, pihaknya berpuas hati dan berbangga apabila rancangan yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan penonton pada musim pertama.
“Kami sebenarnya tidak teragak-agak untuk meneruskan rancangan ini yang memberi peluang untuk peserta memenangi RM1 juta dengan hanya melepasi 10 saringan lagu saja.
“Mereka yang berminat tidak perlu mempunyai suara yang lunak tetapi memadai jika mereka dapat melontarkan suara mereka dengan baik mengikut alunan lagu.
“Paling penting, mereka haruslah mempunyai kebolehan untuk menghafal lirik lagu dengan baik dan mempunyai personaliti yang ceria,” katanya.
Sesi uji bakat bagi mencari peserta rancangan kuiz berbentuk hiburan Jangan Lupa Lirik ini akan diadakan pada 7 dan 8 Mac ini di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pertandingan terbuka kepada warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan perlu mempunyai perwatakan dan personaliti yang menarik. Mereka yang berminat hanya perlu membawa sekeping gambar bersaiz 4R dan biodata masing-masing.
Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan mereka yang berminat digalakkan hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.
Jangan Lupa Lirik sebuah rancangan kuiz berbentuk hiburan yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah utama sebanyak RM1 juta jika berjaya melepasi 10 saringan buah lagu. Ia memerlukan kemampuan peserta untuk menghafal lagu yang disediakan. Sebanyak sembilan kategori disediakan merangkumi lagu popular tempatan termasuk lagu sejak dari zaman 60-an lagi.
::::..::PhotoGrapher_sPaCe::..:::
..::Salam Mesra Abadi::..
nama diberi Salbiah bte Ab Razak,dilahirkan didunia pada 25 Ogos 1989,anak kelahiran Johor Darul Takzim,seorang bekas pelajar dari :-
* Sek.Keb.Temiang,Muar
*Sek.Keb Pulau Sebang,Melaka
*Sek.Keb.Men Tampin,Negeri Sembilan
*Institut Latihan Perindustrian Selandar,Melaka
*Universiti Sains Malaysia,
*Kolej Yayasan Melaka,Melaka
dan sekarang berkerja sebagai seorang pelajar photographer dan designer yang sememang yer minat aq sejak dari seklh lagi...
insya allah pas nie sambong lagi balaja kat unikl@klmu.
nak knal kite ngn lebih dkat lagi...??sy anak ke-4 dari 4 adik beradik dan seorang yang agak pemalu tapi suke b'kawan
suke pada k'tenangan,xsuke bising² tatot...suke ambik gmbar tapi xsuke b'gambar,kahkah..suke sangat pada baby n budak kecik sebb diaorg makhluk ALLAH yg kiut n bersih dalam dunia nie...kalo nak cite sume mmg banyk sampai kapan pown xabis...so..don't worry kite xcombong salam kenalan dan ukhwah fillah dari saya love u all muahck......

Tuesday, December 29, 2009
Sunday, December 13, 2009
TAHNIAH KEPADA DATIN NORA'AIN RAHMAT
Alhamdulilah..pada ari sabtu 12/12/09 nora'ain telah selmaat dinikahkn bersama dengan Datuk Arif Ambbrose Leonard Ng,41 thn di masjid sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Datuk Arif seorang duda dan beranak tiga, dikatakan telah pon memeluk agama Islam sejak pertengahan tahun 2009.
Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta sembilan(9) dulang hantaran berbalas 11 dulang buat pengantin lelaki. Namun, jumlah wang hantaran yg diberikan dirahsiakan oleh kedua belah pihak untuk mengelakan dari sifat menunjuk-nunjuk@tangapan prasangka bagi mana² pihak...

Wednesday, December 9, 2009
BEGGO INGIN LUPAKN KISAH SILAM
Tahun 2008 pasti meninggalkan detik hitam kepada Beego apabila perihal rumahtangga mengundang kontroversi setelah dia dituduh mengahwini isterinya semata-mata kerana harta, bukan berteraskan kasih sayang sejati.
Pergolakan yang membawa kepada perbicaraan di mahkamah menjadi tumpuan ramai apabila bekas isterinya, Intan Shahira Mohd. Shahru mendakwa Beego seorang yang tidak bertanggungjawab dan panas baran. Paling mengejutkan, Intan turut membuat pengakuan dia bakal menanggung risiko kemungkinan sukar untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang kerana telah mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan sehari sebelum hari pernikahannya. Tindakan itu dilakukan kerana enggan mengandungkan zuriat bakal suaminya itu.
Walaupun Beego ada menfailkan saman permohonan nusyuz terhadap bekas isterinya itu, tetapi ramai yang menunding jari terhadap Beego. Pendek kata, reputasinya telah terjejas. Bermula daripada itu, Beego dilihat kurang menonjolkan diri. Wajahnya juga kurang menghiasi kaca televisyen. Dia bagaikan hilang dari industri walaupun kes perceraiannya telah selesai pada 16 Mac lalu.
Tidak lari daripada keadaan
Beego yang ditemui semasa majlis pelancaran drama terbarunya, ‘Aliff Firdaus’ petang kelmarin memberitahu yang dia sebenarnya tidak menghilangkan diri. Sebaliknya dia hanya merehatkan diri seketika.
“Saya tidak menghilangkan diri. Tetapi sebagai manusia biasa, saya perlu rehatkan diri buat seketika. Segala kontroversi yang saya alami memang meninggalkan kesan. Sebab itu saya ambil keputusan untuk diamkan diri. Saya perlu ruang untuk diri sendiri. Itu sahaja. Sepanjang tempoh setahun saya berehat, saya banyak habiskan masa di Johor Bharu di samping teman baik saya. Bagaimanapun, bermula Februari lalu saya telah mula terlibat dengan beberapa penggambaran. Cuma ia belum ditayangkan lagi,” jelas Beego.
Ditanya mengapa dia mematikan telefon bimbit ketika ‘kehilangannya’, Beego menjelaskan dia berbuat demikian kerana ingin menjauhkan diri daripada orang-orang yang boleh mengingatkan dirinya kepada musibah yang berlaku.
“Saya matikan telefon bimbit bukan kerana ingin lari daripada keadaan, tetapi saya perlu jauhkan diri daripada orang-orang yang boleh mengingatkan saya kepada apa yang telah berlaku. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mengingati peristiwa hitam itu. Sebab ia memang pahit untuk dikenang. Bukan mudah melepaskan orang yang paling saya sayang. Biarlah apa orang hendak kata tentang saya, hakikatnya hanya saya dan dia (Intan) yang tahu perkara sebenar. Saya terima perceraian kami sebagai ketentuan Ilahi,” jelas Beego lagi.
Dalam masa yang sama, Beego turut menjelaskan yang dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap bekas isterinya mahu pun bekas keluarga mertuanya walaupun mereka membuat pelbagai tuduhan terhadap dirinya.
Pegang watak hero
Bermula 11 Disember ini, Beego akan kembali menemui peminat drama tempatan apabila dia terpilih membawakan watak hero dalam drama terbaru arahan Rashid Sibir, berjudul ‘Aliff Firdaus’.
Bercerita tentang penglibatannya dalam drama terbaru itu, Beego memberitahu yang dia cukup berbesar hati apabila ditawarkan watak Aliff Firdaus. Lebih-lebih lagi dia mendapat tahu, pihak TV3 yang mahukan dia sebagai hero.
“Oleh kerana saya dipilih oleh TV3, jadi saya akan buat yang terbaik bagi menjayakan drama ini. Selain itu saya juga sedar, drama ini menggantikan siri ‘Nur Kasih’ yang berjaya mendapat ‘rating’ lima juta penonton. Jadi, kemungkinan besar, penonton akan mengharapkan drama ini setanding dengan ‘Nur Kasih’. Untuk itu, saya akan buat sehabis baik. Harapan saya, mudah-mudahan penonton masih dapat menerima diri saya walaupun imej saya pernah tercalar sebelum ini. Lihatlah lakonan saya, bukan masalah peribadi saya,” ujar Beego penuh harapan.
Drama ‘Aliff Firdaus’ berkisar tentang Aliff yang mahu mengikut jejak ayahnya, Haji Madi yang lebih selesa hidup di kampung, berkerja di sawah, menternak kambing dan menjadi seorang imam. Walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam STPM, Aliff tidak mahu menyambung pelajarannya. Namun, hasrat hatinya itu ditentang oleh abang sulungnya. Setelah dipaksa, Aliff akhirnya bersetuju untuk menyambung pelajaran walaupun terpaksa melepaskan kekasih hatinya Dira.
Drama 26 episod ini akan bersiaran pada Jumaat ini, jam 9 malam.

SCHA AL-YAHYA
semalam pas sesi photographer ngn scha al-yahya mulala tok sesi temu ramah ngn mmbr wartawan eden nie...so jom ikoti sesi temubual beliau....
Apabila bercerita tentang pelakon Scha, secara tidak langsung nama Fahrin Ahmad akan timbul. Mana tidaknya, kisah mereka semakin menjadi perhatian umum semenjak ada pengakuan percintaan oleh salah seorang daripada mereka. Malah keakraban yang ditunjukkan keduanya mengesahkan lagi kisah percintaan mereka.
Sejauh mana kebenaran kisah cinta mereka tidak dapat dipastikan kerana masing-masing tidak mahu mengaku secara terang-terangan apabila ditanya.
Baru-baru ini GUA dengar Scha enggan berbicara soal Fahrin lagi selepas ini. Malah, ini adalah sebahagian daripada azam 2010.
Menurut Scha, dia bukan membenci Fahrin, tetapi sejak ada yang menulis mengenai pengakuan percintaan mereka, dia mahu lebih berhati-hati apabila berbicara selepas ini. Baginya, lebih manis untuknya berbicara mengenai diri sendiri daripada bercerita mengenai Fahrin yang merupakan antara lelaki yang rapat dalam hidupnya kini.
Bagi GUA, apabila ada nada kurang selesa daripada Scha, itu menandakan hubungannya bersama Fahrin mempunyai masalah. Mungkinkah kemesraan yang ditonjolkan selama ini hanya lakonan semata-mata?
Hanya Scha dan Fahrin sahaja yang tahu sejauh mana kejujuran hubungan masing-masing. Iyalah, selepas ini kedua-duanya akan saling bersua untuk sebuah program tarian. Harapnya pisang tidak berbuah dua kali buat Fahrin, terpaksa berlakon mesra dengan pasangan pengacara walapun keduanya tidak lagi sebulu.

MAJLIS P'NIKAHAN NORA'AIN RAHMAT
Tanggal 12 dis 2009 bakal m'jelang ujung mggu nie dan aQ d'beri tugas tok sesi photographer majlis p'nikahan mereka pada ujung mggu nie,so tiba giliran Aien kembar kpda Ekin pula untuk menamatkan zaman solonya pula setelah pasangan kembarnya, Ikin mendirikan rumahtangga dengan penyanyi popular Mawi setahun yang lalu. Aien atau sebenar Nora’Ain Rahmat bakal melangsungkan majlis pernikahannya dengan lelaki yang berstatus Datuk berusia 41 tahun.
Majlis pernikahan itu dijadualkan di Masjid Negeri Shah Alam sekitar jam 12 tengahari pada 12 Disember ini. Aien bagaikan tidak percaya yang dia akan bergelar isteri dalam waktu terdekat ini.
Aein yang bakal menggayakan busana rekaan butik Cosry pada majlis pernikahannya itu juga tidak berselindung tentang status bakal suaminya yang merupakan seorang duda beranak tiga.
Pasangan ini akan bernikah gantung memandangkan bakal suami Aien sibuk dengan urusan perniagaan. Majlis persandingan hanya akan diadakan pada awal 2010.

Thursday, November 19, 2009
rahsia bantal
Tahukah anda watak seseorang dapat dikenali melalui cara mereka tidur dengan menggunakan bantal? Ini adalah kerana setiap dari kita mempunyai cara dan posisi tidur yang berbeza-beza????
Ada yang suka tidur tanpa bantal, ada yang suka memeluk bantal dan ada yang mempunyai tabiat meletakkan bantal di bawah kakinya.
Inilah cara para pengkaji menilai sifat manusia berdasarkan cara kita memanfaatkan bantal..
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melaluimimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuatkeputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego

rahsia mata perempuan
Berikut ini dikongsikan dengan anda rahsia yang tersembunyi disebalik mata seorang wanita… Jangan tanya saya, boleh percaya ker, betul ker info ni? Sebab saya pun tak pasti…
Apa kata anda check dan nilai sendiri…
Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
Wanita ini baik.
Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
Mata yang seolah2 nak tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
So, apa kata anda? Anda dalam kategori jenis mata yang mana satu? Ada yang mengena…tepat atau sipi2 saja? Atau langsung tak kena? Anda baca dan anda nilai lah sendiri… Saya hanya berkongsi maklumat yang ada…

rahsia disebalik demam
Saya kalau balik kampung, memang suka drive waktu malam. Dah jadi cam hobi. Tapi dengan syarat, sebelum drive tu saya kena tidur dulu dalam sejam dua. Bangun dari tidur, mandi-mandi sikit, sarung baju dan terus drive. InsyaAllah, kalau suruh saya drive sepanjang-panjang malam pun, NO HAL…tiada masalah. Memang saya suka dan rasa seronok drive malam. OK, cukuplah sekadar itu dulu mukaddimah artikel kali ini. Saya harap korang tak menyampah baca ianya sekadar sembang-sembang kosong saya tu..hehe.
Adapun, dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang rahsia di sebalik demam.
Kebetulan, sepanjang saya berada di rumah mak mertua saya semasa cuti lepas, mak mertua saya tak sihat. Dia demam sejak seminggu yang lepas. Walaupun dah telan bermacam-macam jenis ubat, namun demam tak juga kebah-kebah. Makan tak selera, tidur tak nyenyak, sakit sendi-sendi, badan tak larat…nampak sangat muka mak mertua saya tu lesu dan tidak bermaya sekali. Kesian juga saya tengok keadaan mak mertua tu. Namun, tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali berdoa pada ALLAH semoga dia cepat sembuh dan kebah dari demamnya. Aminnn.
OK lah, bercakap tentang demam ni. Saya ada menyimpan satu artikel yang menerangkan tentang perihal demam ini. Sukacitanya saya kongsikan artikel tersebut dengan anda semua. Semoga bermanfaat.
RAHSIA DI SEBALIK DEMAM
Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?
Hakikat Demam.
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :
“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)
Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka.
Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.
Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.
Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.
Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?
Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.
Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.
Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang
memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.
Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :
Tafsirnya : “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. (Surah Al-Anbiya¡|: 83)
Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani”.
Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.
Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.
Mencaci-maki Demam.
Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :
Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:
“Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?
Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.
Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.
Demam Penebus Dosa.
Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.
Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.
Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.
Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Bagaimanakah dengan kita apabila ditimpa demam? Adakah kita akan merungut-rungut? Atau kita tetap redha dengan ketentuan ALLAH pada kita? Fikir-fikirkan….

rahsia disebalik amalan sedekah
Hujung minggu lepas, saya telah berkesempatan mengikuti ‘personal coaching‘ mengenai ‘Smart Blogging‘ di Johor Bahru. Oleh sebab malas nak drive sendiri, saya telah pergi ke JB dengan menaiki keretapi. Dan balik semula ke KL dengan menaiki bas.
Entahla, saya pun dah tak berapa ingat, sudah berapa tahun saya tak naik bas ekspress. Terasa agak kekok juga. Masa nak beli tiket tu pun, terpinga-pinga tak tau nak pilih bas yang macammana. Nasib baik ada anak jati JB yang tolong ‘guide‘ kan.
Alhamdulillah, akhirnya kami (saya dan seorang lagi kawan dari KL), telah membeli tiket bas JB — KL yang dijadualkan bertolak pada pukul 7 malam. Harga tiket bas ialah RM31 untuk sehala (JB - KL). (* Sekadar maklumat : Kalau keretapi pula, tiket KL — JB, untuk tempat tidur katil atas ialah RM37, tempat tidur katil bawah RM42 dan tempat duduk kerusi RM29)
Jalan-jalan cari makan...
Setelah jam menghampiri pukul 7 malam, kami pun naik la bas. Saya duduk di kerusi no 15 dan kawan saya (wizurai) duduk di kerusi no 16. Kami pun berbual-kosong sementara menunggu bas bergerak.
Kini jam telah menunjukkan pukul 7.20malam, tapi bas masih belum memulakan perjalanan. Seorang anak muda berbangsa Cina yang duduk berhampiran tempat kami, mula menunjukkan rasa tidak puas hati. Dia turun ke bawah berjumpa dengan pemandu bas, bertanyakan bila bas nak bergerak? Dia nampaknya begitu bengang sekali. Mana tidaknya, dia dah duduk tunggu dalam bas tu tadi sejak pukul 6.45 petang lagi. Sekarang dah dekat pukul 7.20 malam. Tapi bas masih tetap tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memulakan perjalanan.
Kami hanya melihat telatah anak muda berbangsa Cina tu. Malas nak masuk campur. Kalau nak ikutkan hati, sebenarnya saya pun bengang gak dengan cara pengurusan bas tu. Yer lah, kalau kata bas pukul 7 malam, maka bertolak la pukul 7 malam. Janganlah tipu pelanggan kata bas pukul 7 malam, tapi sebenarnya bas bertolak pukul 8 malam. Siapa tak bengang?
Kira-kira jam 7.30 macam tu, tiba-tiba ada seorang budak perempuan (umur dalam sekitar 10 tahun macam tu kot) naik ke dalam bas. Dia membawa satu tin kecil dan sebuah beg kecil yang diselimpangkan pada bahunya. Budak tu tanpa sepatah perkataan pun, dengan muka kesian, tanpa perasaan, terus menghulurkan tin kecil yang dibawanya kepada setiap penumpang yang duduk dalam bas, meminta sesuatu. Tapi saya lihat, tiada seorang penumpang pun yang memberikan apa-apa kepada budak perempuan itu.
Aduhai, sesungguhnya hati kecil ku memang begitu tersentuh melihat keadaan itu. Saya memang tak boleh tahan tengok orang yang meminta sedekah ni. Perasaan kesian dan simpati akan secara otomatik menerjah masuk ke dalam jiwa ragaku.
Walaupun saya tahu, ramai juga di antara peminta sedekah atau pengemis ni, hanya mengambil kesempatan dan menipu. Malah dikatakan ada sindiket di sebalik peminta-peminta sedekah ni.
Namun, apa jua orang kata. Hati saya pasti akan tetap tersentuh apabila melihat keadaan dan muka ’seposen’ mereka tu. Aduhhh…
Jadi, apabila budak tu sampai ke tempat duduk kami, saya tanpa fikir panjang, ambil beberapa RM dari dalam wallet, dan masukkan dalam tin kecil yang dihulurkan oleh budak perempuan tu. Dengan wajah yang agak ceria dan sedikit senyuman, budak tu pun lantas bersuara dengan berkata…
“Terima kasih abang…” Dan dia terus berlalu pergi…
Entah mengapa, kata2 daripada budak tu, begitu menyentuh perasaan ku….hingga kini. Terasa ucapan terima kasihnya tu begitu ikhlas sekali…
Seminggu setelah peristiwa itu berlaku, saya telah terbaca 1 artikel yang sangat menarik. Artikel itu menerangkan tentang rahsia di sebalik amalan bersedekah (berdasarkan kajian). Setelah saya baca artikel tu, barulah saya faham mengapa kita akan berasa puas dan seronok apabila bersedekah.
Berikut ini adalah artikel tersebut. Bacalah, semoga kita dapat jadikan sikap suka bersedekah sebagai amalan kita. Tapi perlu diingat bahawa, kita bersedekah BUKAN kerana nak berasa puas dan nak rasa seronok, tetapi kita BERSEDEKAH ADALAH SEMATA-MATA KERANA ALLAH TA’ALA. Kita mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.
Bersedekah amalan mulia...
“NIKMAT BERSEDEKAH”
PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.
Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.
Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.
Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI).
Melalui pengimbas canggih itu segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti. Kemudian kesemua wanita ini ditunjukkan bahawa wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun tabung makanan (atau di sini sama seperti akaun zakat).
Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan bahagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarelawan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggungjawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.
Nabi kita telah memberitahu kita lama dahulu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah tahu nikmatnya. Tidak hairanlah penulis pernah melihat pakcik tua pada hari Jumaat pasti bersedekah.
Pakcik tersebut tahu, kita yang muda ini mungkin ada banyak pilihan lain untuk berseronok. Teringat pula kehebatan Saiyidina Umar Al-Khattab bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang bersedekah seluruh hartanya.
Tapi….KITA??!!

Rahsia Gerak Jari Anda
Percayakah anda bahawa setiap tindakan dan segala gerak badan kita ini sebenarnya sedikit sebanyak mempamerkan perangai dan sikap kita. Di bawah ini saya senaraikan beberapa jenis pergerakan tangan dan apakah yang boleh kita ramal tentang perangai dan sikap si pelakunya.
Memicit atau memegang hidung
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.
Meletak tangan pada bahu kawan
Suka ikut kepala sendiri.
Pentingkan diri sendiri.
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat.
Bermain dgn tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi.
Pandai berjenaka.
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati.
Jenis open minded.
Mematahkan jari jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain.
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.
Menggigit kuku
Gugup dan gementar bila berbicara.
Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.
Memintal hujung rambut
Suka berkhayal.
Sukar diperdayakan.
Keras kepala.
Menongkat dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
Suka mendengar masalah teman2.
Setia dlm persahabatan.
Suka letakkan tangan atas meja
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri.
Peramah.
Suka bergantung pada orang lain.
Menggosok 2 telapak tangan
Ramah dan berfikiran matang.
Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2.
Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu.
Memutar cincin
Sangat menepati janji.
Berhati2 dlm tutur kata.
Gemar hidup yang teratur.

Tuesday, August 18, 2009
tips sahabat
dalam persahabat perlu ader tolak ansur dan saling faham memahami..supaya tidak ader salah faham antara anda dan sahabat anda kelak...selagi kita ader sahabat sayangila mereka kerana mereka juga penting dalam kehidupan seharian kita....Jom semak 10 tips kekalkan hubungan sahabat
*pandai simpan rahsia
-dalm persahabatan kepecayaan untuk menyimpan rahsia adalah penting.Jangan sia-siakan kepecayaan yang telah diberikan oleh sahabat kamu.
*tahan bergurau senda
-adat bergurau adakalanya gurauan menjadi terlebih sehingga menguris perasaan sahabat lain.
pastikan kamu san sahabat saling boleh menerima gurauan itu dan berfikir sebelum ia berlaku.
*Jangan mengkritik tak bertempat
-jika sahabat melakukan kesalahan,jangan terburu-buru mengkritik atau memarahinya,kerana kita sendiri tak semestinya bagus dan betul dalam semua hal.sebaiknya jadilah sahabat yang memberikan nasihat dan tempat sahabat meluahkan pendapat.
*jangan penting diri sendiri
- sahabat yang baik adalah sahabat yang tidak pentingkan diri,sebaliknya sentiasa membantu sahabat dalam apa jua situasi.Kamu sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri demi menjaga perhubungan antara sahabat.
*terima kelebihan dan kekurangan
-terimalah sahabat anda sebaik mungkin kerana setiap manusia tidak sempurna.kamu saling perlu lengkap melengkapi antara satu sama lain agar persahabatan lebih bermakna.
*jangan tanya perkara negatif
- seharusnya kamu bijak menyesuaikan tutur kata mengikut keadaan dan emosi sahabat.jangan terlalu mengikut kata sehingga boleh memberi kesan kpada sahabat anda.
*Jangan burukan sahabat
-adakalanya kamu berselisih faham antara sahabat kamu namun janganlah sesekali membocorkan cerita buruk tentang sahabat kamu.
*menghormati hak kehidupan peribadi
-jika sahabat anda mengalami masalah berikan dia masa untuk menenangkan fikiran dia.kamu sebagai seorang yang perihatin hulurkan bantuan kepada sidia bila diperlukan.
*jangan jadi buzy body
-janganlah terlalu obses ingin mengatahui segala masalah dan hal peribadi sahabat anda kerana tidak semua hal yang sahabat anda perlu ceritakan pada anda,so jangan kecik atie kalo ade hal yang dia tidak bagitahu pada anda,namun sabagai sahabat dia tetap memerlukan anda waktu suka dan duka nya...
*bersikap terbuka
-jika ada diantara kamu dan dia salah faham atau dendam baiklah kamu selesaikan dengan secepat mungkin janganlah dipendam saje takot nanti akan jadi gunung berapi bincanglah dengan hati yang terbuka dan pilih waktu yang sesuai untuk bersemuka dengan kawan anda.

Tips Cinta
bercinta memang seronok.Tapi awas!Sekiranya kita tersilap kata,buruk padahnyer.Dalam menjalinkan hubungan cinta kite mesti tahu tentangh 10 perkara yang tidak sepatutnya diucapkan kepada sidia,Jom kiter semak note Dibawah....
1. awek saya dulu xpenah buat macam tue
-kalo anda meluahkan kata begitu pasti dia akan kecewa dan rasa rendah diri bila dibanding²kan denagn kekasih lama anda sebaikyer anda terima dia seadanya dan tegur dengan cara yg lebih sopan dan elok lagi...
2. Ketatnyer baju awk,nampak macam dah gemuk jer
-pecayalah kita sumer cukup sensetif dan benci dengan bila dikatakan gemuk!terutama perempuan...kalo anda berkata begitu sekadar bergurau,itu tanda anda memang cari nahas..
3. Alamak saya terlupalah hari jadi sayang!
-Benda penting kene ingat,kerana ia akan memberi kesan dalam perhubungan antara kamu berdua...
4. Biarkan Si dia shopping sendirian.
- kamu agak mengecilkan hati si dia,walaupon si dia mengatakan "tak aper"pada anda kerana masa inilah anda ingin meluangkan masa bersama si dia.
5. Berdebat pertahankan pendapat
-jangan sampai b'sungguh² kerana kemenangan,kamu hanya akan mengundang masam muka antara kamu*Puji melampau kawan si dia-akan menyebabkan malapetaka dan membuatkan si dia tersinggung ajer.
6. Awak nie kuat membebel lah,blom kawen lagi!
-janganlah salahkan dia ajer...tapi fikir kenapa si dia membebel pada anda...fikir-fikirkan renung-renungkan...antara pasangan perlu ada perasaan tolak ansur untuk dijadikan sebagai tips dan pengajaran sebelum anda berdua berumah tangga...
bersambong....tunggu!!!

salam bahgia...
hmm..rindunyer kat blog nie,lame dh xjgok blog nie....
apa² pown pas nie dh banyak mase tok blog nie sebb skrg free dari rutin seorg pelajar dh hihihi...
sekrg aq masih meneruskan p'juangan dalam idop untok troskan idop???ape aq ngarut daa...
apa² pown enjoyla ngn blog den yg xberapo nk best nie n lage b'tambah karut yer..hihihhi..
arios,w'salam

Subscribe to:
Comments (Atom)