::::..::PhotoGrapher_sPaCe::..:::

..::Salam Mesra Abadi::..
nama diberi Salbiah bte Ab Razak,dilahirkan didunia pada 25 Ogos 1989,anak kelahiran Johor Darul Takzim,seorang bekas pelajar dari :-
* Sek.Keb.Temiang,Muar
*Sek.Keb Pulau Sebang,Melaka
*Sek.Keb.Men Tampin,Negeri Sembilan
*Institut Latihan Perindustrian Selandar,Melaka
*Universiti Sains Malaysia,
*Kolej Yayasan Melaka,Melaka
dan sekarang berkerja sebagai seorang pelajar photographer dan designer yang sememang yer minat aq sejak dari seklh lagi...
insya allah pas nie sambong lagi balaja kat unikl@klmu.
nak knal kite ngn lebih dkat lagi...??sy anak ke-4 dari 4 adik beradik dan seorang yang agak pemalu tapi suke b'kawan
suke pada k'tenangan,xsuke bising² tatot...suke ambik gmbar tapi xsuke b'gambar,kahkah..suke sangat pada baby n budak kecik sebb diaorg makhluk ALLAH yg kiut n bersih dalam dunia nie...kalo nak cite sume mmg banyk sampai kapan pown xabis...so..don't worry kite xcombong salam kenalan dan ukhwah fillah dari saya love u all muahck......

Sunday, October 28, 2007

Doa

Tiga Golongan Yang Dimakbulkan Doanya....
Golongan Pertama : Pemimpin yang berlaku adil pemimpin yang selalu membela orang-orang yang benar dan menghukum mereka yang bersalahtanpa pilih kasih,yang selalu mendahului kepentingan rakyat serta menggunakan pangkat dan kedudukansemata-mata kesejahteraan umat dengan niat kerana ALLAH SWT.Sejarah mencatatkan,Fatimah isteri khalifah umar bin abdul aziz,sering melihat suaminya menagis dimasjid.Ia berasa hairankerana negara yang dipimpin oleh khalifah umar adalah negara yang makmur.Ketika Ftimah bertanyakan perihal tersebut maka khalifah umar menjawab "saya sedang merenung nasib rakyat,takut masih ada diantara mereka yang lapar,yang sakit tanpa rawatan,yang tidak mempunyai pakaian,yang dizalimi.yang terasing,yang tua tanpa bantuan,yang miskin tetapi mempunyai ramai tanggungan.saya sedar sebagai pemimpin akan ditanya setiap perkara dibawah kepimpinannya di akhirat kelak.saya takut sekiranya saya tidak mempunyai alasan yang munasabah,sebab itulah saya menagis".


Golongan Kedua :Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka Orang yang sedang berpuasa adalah orang yang hampir untuk dikabulkan doanya.Diriwayatkan oleh imam Abu Daud,dari Abdullah bin Umar bahawa dia mengatakan dirinya mendengar rasullah saw bersabda "orang yang berpuasa mempunyai doa yang mustajab pada masa berbuka"Alangkah bahagianya orang-orang yang berpuasa yang jiwa dan hatinya beusaha untuk mendapatkan maghfirah dan keredhaannya.Firman ALLAH SAW :
Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadaku tentang aku,(jawablah)bahawasanya aku adalah dekat.Aku mengmakbulkan pemohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi(segala perintah)-ku dan hendaklah mereka beriman kepadaku agar mereka selalu berada dalam kebenaran"[al-baqarah :186]




Golongan Ketiga :doa orang-orang yang teranayaorang-orang yang ditindas sama ada fizikal ataupun mental.Sesungguhnya doa merupakan bukti bahawa manusia adalah hamba yang lemah serta tidak mempunyai daya dan uapaya kecuali dengan kehendak ALLAH SWT.Doa juga simbol keredhaan hati seseorang hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan ALLAH SWT.Jika bukan kepada ALLAH SWT kita mengadu dan bergantung harap,lantas kepada siapa lagi kita hendak berlindung??
meskipun demikian,harus di ingatkan bahawa doa haruslah disertai denagn ikhtiar dan usaha yang bersungguh-sungguh dengan cara yang disukai ALLAH SWT.Tanpa berdoa atau memohon kepada ALLAH SWT adalah sifat sombong.Maka tatkala doa dan ikhtiarbenar-benar telah kita lakukan.Sewajarnya kita bertawakal kepada ALLAH SWT dengan di iringi keyakinan bahawa ALLAH SWT akan mengmakbulkan doa kita.

No comments: