::::..::PhotoGrapher_sPaCe::..:::
nama diberi Salbiah bte Ab Razak,dilahirkan didunia pada 25 Ogos 1989,anak kelahiran Johor Darul Takzim,seorang bekas pelajar dari :-
* Sek.Keb.Temiang,Muar
*Sek.Keb Pulau Sebang,Melaka
*Sek.Keb.Men Tampin,Negeri Sembilan
*Institut Latihan Perindustrian Selandar,Melaka
*Universiti Sains Malaysia,
*Kolej Yayasan Melaka,Melaka
dan sekarang berkerja sebagai seorang pelajar photographer dan designer yang sememang yer minat aq sejak dari seklh lagi...
insya allah pas nie sambong lagi balaja kat unikl@klmu.
nak knal kite ngn lebih dkat lagi...??sy anak ke-4 dari 4 adik beradik dan seorang yang agak pemalu tapi suke b'kawan
suke pada k'tenangan,xsuke bising² tatot...suke ambik gmbar tapi xsuke b'gambar,kahkah..suke sangat pada baby n budak kecik sebb diaorg makhluk ALLAH yg kiut n bersih dalam dunia nie...kalo nak cite sume mmg banyk sampai kapan pown xabis...so..don't worry kite xcombong salam kenalan dan ukhwah fillah dari saya love u all muahck......
Sunday, October 28, 2007
Taubat Seorang Hamba
Suatu hari,ibrahim bin adham pergi ke pasar basrah.Dia bertemu orang-orang disana dan mereka bertanya kepadanya,"wahai tuan,mengapa doa kami tidak dimakbulkan?apakah kesalahan kami?"
jawab ibrahim,"kerana hati kamu mati daripada 10 perkara "
tanya mereka,"apakah itu,tuan?"
jawab ibrahim,"kamu mengenal Allah tetapi tidak mentaati-nya.Kamu mengenali Rasullah tetapi tidak pernah mensyukurinya.Kamu tahu syurga namun tidak mencarinya.Kamu tahu neraka namun tidak menghindarinya iaitu meninggalkan maksiat dan dosa.Kamu mengenal syaitan namun tidak berusaha memeranginya,bahkan menyambut ajakkan-nya.Kamu tahu kematian namun kamu tidak bersedia menghadapinya.Kamu pernah menguburkan mayat namun tidak mahu mengambil pengajaran.Dan kamu bangun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan diri sendiri."
cebisan kata....maka kita sebagai seorang umat muslim janganlah kita selalu lalai,leka dan alpha dengan godaan didunia ini...kerana ianya akan menyesatkan dan merosakkan akidah kita...seharusnya kita sebagai manusia harus sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan sama ada kita sedar atau sebaliknya...B'sembahyang,beramal dan beriman...semua itu tidak perlu dilakukan ketika diri kita dalam kesusahan atau lain²sahaja kerana bertaqwa,beriman dan beramal tidak perlu menunggu bila kita dah tua mahupun ketika ditimpa musibah baru hendak bertaubat....kerana mungkin pada masa itu kita sudah tidak berdaya.Adakah kita tahu bila kita akan mati???adakah kita tahu dimakah kita akan ditempatkan di akhirat kelak??itu semua diluar atas kemampuan@jangkaan kita semua...Maka bertaubatlah kita dan insaflah kita agar kita tidak dicampakkan kedalam api neraka yang panas bersama-sama dengan syaitan yang durjana...perbanyakkanlah kita beribadat kepada ALLAH S.W.T agar kita selamat dunia dan akhirat...sedarlah kamu sesungguhnya syaitan itu adalah musuh utama umat islam yang paling nyata....kerna syaitan telah b'janji akn m'nyesatkan umat² islam Maka sedarlah kita dari hayalan@dibuai mimpi sedarla..bangkitla..marilah kita menuju kejalan ALLAH SWT..
yang lebih selamat dan cinta yang abadi..
Kalimah Rahsia
tenang dalam lena...
kasihku zahirkan lagu,
sedangkan bibirku,jauh dari lafznya....
dan raut tuamu,memberkas jiwaku
meredhakan rindu,mendamaikan kalbu,
tak mungkin ku temu,iras sentuhanmu
biarpun ku redah seluruh dunia mencari gantimu ooo.....
c/o
betapa sukarnya, menyusun bicara meluahkan rasa,
menuturkan sayang kasih yang terlimpah,hanya sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yang melindungi kalimah rahsia...
masihku biarkan waktu,melarikan lafaz kasihku padamu,
mengapakah sukar menyusun bicara,meluahkan rasa
menuturkan sayang, kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah,
cuma ungkapan bisu kalimah rahsia.....
apakah yang hilang,andai dilisankan bait penghargaan,
penuh kejujuran tak mungkin terlihat cinta....yang merona,
jika hanya renungan mata yang bersuara bukan atur...kata...
tiada lagi ertinya pengucapan...
andai akhir nafaz dihujung helaan
sebelum mata rapat terpejam
usah biarkan kehilangan
menggantikan lafaz...,yang tersimpan...
lagu : Epul mestica
lirik : Atie
artis : Unic
Sedekah
Daripada Abu Hurairah r.a katanya,Rasullah s.a.w bersabda"Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah setiap hari.(Iaitu)mendamaikan dua orang yang berbalah adalah sedekah menolong orang naik kenderaan atau menolong mengangkat barang keatas kenderaan,itu pun sedekah.Ucapan atau tutur kata yang baik,juga sedekah.Setiap langkah anda menuju solat,sedekah.Dan menyingkirkan sesuatu yang berbahaya dijalan awam,adalah sedekah." (sahih muslim)
lihatlah betapa senangnye untuk bersedekah....dan sedekah ini juga kita mudah untuk melakukannya bila² mase sajetidak kire tempat atau masa...alangkah ruginya kita jika kita tidak mengamalkan atau tidak melakukannya....kerana terdapat banya keberkatan disebalik pekara yangtidak dapat kita lihat dengan mata kasar kita...ALLAH maha pemurah dan pengasih...bersyukurlah kita yang telah terpilih menjadi mukmin dan hambanya....dalam bersedekah juga tidak semestinya perlu menunggu sehingga kita jadi kayauntuk memberi sedekah malah ada banyak lagi cara yang kita boleh buat, jika kita orang yang tidak berkemampuan.... kita jua boleh bersedekah jua....semoge segala apa yang kita lakukan didunia ini akan diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT....insya Allah....
Harapan Ramadhan
Ramadhan kulalui bersama harapan
Sesungguhanya hidup dan matiku
Ramadhan berdetik terasa terlalu laju
Falsafah Hidup..
1.Menundukkan Ego Tidak mudah untuk seseorang untuk menundukkan rasa egonyadihadapan orang lain walaupun dalam keadaan tertentu dia memang tersilap.Begitupun jua didalam menjalani ibadah puasa,adakala egonya tercabar.Untuk menundukkan ego,hati akan merasa menderita dan sakit.
2.Mengawal MarahEgo dan sombong membuatkan mudahnya tercetus rasa marah dan tindakan marah-marah di rumah,di kelas,di pejabat atau ketika memandu dijalan raya,ada saja insiden yang boleh mencetuskan rasa marah.untuk mengawal rasa marah perlukan kekuatan untuk melawan nafsu.Ini memang susah kerana nafsu tidak boleh dilihat dan dipegang itu yang degil.Susah untuk dikekang.Lebih-lebih lagi kalau sudah terbiasa dilayan dan dipenuhi keinginan-nya,tentunya tidak mudah untuk ditundukkan tanpa rasa susah dan sakit.
3.Membuang rasa malasMalas mengulangkaji,malas beribadah,malas berbuat baik,malas untuk bersusah-susah...semua ini tabiat nafsu yang perlu dilawan.Dalam keadaan berpuasa,nafsu akan membuat pelbagai alasan untuk mengajak diri kita untuk bermalas-malasan.Melawan adalah salah satu cara yang terbaik,dan melawan ajakan nafsu ini juga amat susah dan kekadang menyakitkan ikutan nafsu,kita sukebersenang-lenang saja sementara menunggu waktu berbuka atau tidur selepas bersahur.Tak perlu susah-susah mengaji Al-Quran,solat sunat,berzikit,beselawat,bersedekah dan berbuat macam²amalan yang baik.
4.Membebaskan diri dari tabiat buruk-mata,mulut,telinga dan lain²anggotaNafsu sentiasa mengajak mata menonton apa yang dilarang oleh ALLAH SWT atau yang melalaikan kitadari ingat ALLAH SWT atau memandang sesuatu yang boleh meransang syahwat.Nafsu juga kuat mendorong mulut untuk bercakap pekara yang mensia-siakan dan boleh mendatangkan dosa seperti mengata dan mengumpatNafsu juga mengajak telinga mendengar yang haram,mengajak tangan dan kaki melakukan dosa.Untuk melawan semua ajakan nafsu ini,hati akan rasa sakit.Walaupun susah dan sakit,apa saja yang kita hadapi dan jalani sepanjang beribadah,wajib kita terima dengan sabar,redha,syukur,merendah diri dan berbaik sangka dengan ALLAH SWT dan dengan sesama manusia.Sejauh mana kita mampu menanggung kesusahan dan kesakitan itu dengan menyuburkan sifat-sifat terpujiorang-orang yang soleh(seperti yang banyak dicatatkan kisahnya)sentiasa berbaik sangka dengan allah atas apa saja yang allah datangkan kepadanya.sebab itu pekara yang asalnya tidak menyenangkan dan menyusahkan,dapat mereka terima dengan redha.Malah mereka bersa lebih bersyukur kerana mereka tahu ianya satu petanda allahhendak memberi mereka kebaikan atau hendak ditingkatkan darjat mereka.
Mutiara KataRasullah S.a.w bersabda :"Barang siapa yang dikehendakinya Allah menjadi baik maka diberinya penderitaan "
Kita belum sampai ke tahap boleh merasa nikmat dalam sakit,tetapi ada hamba-hamba Allah masih boleh panjatkan kesyukuran kepada Allah ketika menghadapi saat kesusahan dan penderitaan.Sesetengahnya amat susah dan menderitadengan musibah yang menimpa seperti kekurangan bahan makanan dan air atau menghadapi situasi peperangan.Tapimereka masih boleh bersyukur.Oleh itu,jika waktu-waktunya kita disusahkan dan disakitkan oleh ALLAH SWT sepanjang beribadah,kita patut memujuk hati agar menerima keadaan itu dengan dengan redha.Malah kita boleh latih diri untuk bersyukur,kerana masih ada orang lain yang lebih susah dan menderita.Kita akan rasa betapa kecilnya kesusahan dan kesakitan yang kita tanggung berbanding dengan nikmat dan anugerah yang ALLAH SWT hendak beri kepada umat-umatnya
Pandangan tambahan : Antara program-program hiburan yang semakin mendapat tempat dihati para remaja mahupun kalangan dewasa :*Akademi Fantasia*Malaysia Idol*Audition*Siti Nurhaliza Fantasia Tour *Mencari Jodoh*Dan realiti yang becelanggah dengan ajaran islam....
Doa
Golongan Pertama : Pemimpin yang berlaku adil pemimpin yang selalu membela orang-orang yang benar dan menghukum mereka yang bersalahtanpa pilih kasih,yang selalu mendahului kepentingan rakyat serta menggunakan pangkat dan kedudukansemata-mata kesejahteraan umat dengan niat kerana ALLAH SWT.Sejarah mencatatkan,Fatimah isteri khalifah umar bin abdul aziz,sering melihat suaminya menagis dimasjid.Ia berasa hairankerana negara yang dipimpin oleh khalifah umar adalah negara yang makmur.Ketika Ftimah bertanyakan perihal tersebut maka khalifah umar menjawab "saya sedang merenung nasib rakyat,takut masih ada diantara mereka yang lapar,yang sakit tanpa rawatan,yang tidak mempunyai pakaian,yang dizalimi.yang terasing,yang tua tanpa bantuan,yang miskin tetapi mempunyai ramai tanggungan.saya sedar sebagai pemimpin akan ditanya setiap perkara dibawah kepimpinannya di akhirat kelak.saya takut sekiranya saya tidak mempunyai alasan yang munasabah,sebab itulah saya menagis".
Golongan Kedua :Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka Orang yang sedang berpuasa adalah orang yang hampir untuk dikabulkan doanya.Diriwayatkan oleh imam Abu Daud,dari Abdullah bin Umar bahawa dia mengatakan dirinya mendengar rasullah saw bersabda "orang yang berpuasa mempunyai doa yang mustajab pada masa berbuka"Alangkah bahagianya orang-orang yang berpuasa yang jiwa dan hatinya beusaha untuk mendapatkan maghfirah dan keredhaannya.Firman ALLAH SAW :
Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadaku tentang aku,(jawablah)bahawasanya aku adalah dekat.Aku mengmakbulkan pemohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi(segala perintah)-ku dan hendaklah mereka beriman kepadaku agar mereka selalu berada dalam kebenaran"[al-baqarah :186]
Golongan Ketiga :doa orang-orang yang teranayaorang-orang yang ditindas sama ada fizikal ataupun mental.Sesungguhnya doa merupakan bukti bahawa manusia adalah hamba yang lemah serta tidak mempunyai daya dan uapaya kecuali dengan kehendak ALLAH SWT.Doa juga simbol keredhaan hati seseorang hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan ALLAH SWT.Jika bukan kepada ALLAH SWT kita mengadu dan bergantung harap,lantas kepada siapa lagi kita hendak berlindung??
meskipun demikian,harus di ingatkan bahawa doa haruslah disertai denagn ikhtiar dan usaha yang bersungguh-sungguh dengan cara yang disukai ALLAH SWT.Tanpa berdoa atau memohon kepada ALLAH SWT adalah sifat sombong.Maka tatkala doa dan ikhtiarbenar-benar telah kita lakukan.Sewajarnya kita bertawakal kepada ALLAH SWT dengan di iringi keyakinan bahawa ALLAH SWT akan mengmakbulkan doa kita.
