::::..::PhotoGrapher_sPaCe::..:::

..::Salam Mesra Abadi::..
nama diberi Salbiah bte Ab Razak,dilahirkan didunia pada 25 Ogos 1989,anak kelahiran Johor Darul Takzim,seorang bekas pelajar dari :-
* Sek.Keb.Temiang,Muar
*Sek.Keb Pulau Sebang,Melaka
*Sek.Keb.Men Tampin,Negeri Sembilan
*Institut Latihan Perindustrian Selandar,Melaka
*Universiti Sains Malaysia,
*Kolej Yayasan Melaka,Melaka
dan sekarang berkerja sebagai seorang pelajar photographer dan designer yang sememang yer minat aq sejak dari seklh lagi...
insya allah pas nie sambong lagi balaja kat unikl@klmu.
nak knal kite ngn lebih dkat lagi...??sy anak ke-4 dari 4 adik beradik dan seorang yang agak pemalu tapi suke b'kawan
suke pada k'tenangan,xsuke bising² tatot...suke ambik gmbar tapi xsuke b'gambar,kahkah..suke sangat pada baby n budak kecik sebb diaorg makhluk ALLAH yg kiut n bersih dalam dunia nie...kalo nak cite sume mmg banyk sampai kapan pown xabis...so..don't worry kite xcombong salam kenalan dan ukhwah fillah dari saya love u all muahck......

Thursday, November 1, 2007

Makanan

Rahsia pemakanan genius-genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula initerpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.
Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius -genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangatberkhasiat . Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "syifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "RajaUbat",dapat menyembuh kebanyakkan penyakit.Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral,protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi,karbon, magnesium, potassium (kalium),kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullahs.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal,hendaklah ia minum manisan madu".
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ianya boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM :
2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya

2)Kismis
Mengandung i zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.Kekurangan oksigen menyebabkan
seseorang mudah mengantuk, pelupa,lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat)
Baca "Bismillah" dan selawat keatas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula.
Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 bijisetiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak,memtajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak,protein,semua jenis vitamin, mineral dan air.Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullahs.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembuyang segar. Susu hidup lebihberkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullahs.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium,kuprum, magnesium, fosforus, kalium,sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,choline dan bahan ekstraktif. SabdaNabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allahs.w.t
memerintahkannya supaya memakan telur". Terutama telur kuning,berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejalakelupaan. Ia boleh dimakan mentah ataudibuat halua. Halua ialah halia yangdijadikan manis - manisan denganmerebus dan mencampurkannya dengangula.
CARA MAKAN :
Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau -limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7)BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima
keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijakpandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium,fosforus dan kalori. Sangat efektifuntuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigi tanular. Perlu diamalkan memakannya.

1 0) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging,ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu.Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus,berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilaiprotein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

1 5) ZA'FARAN :
KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH
(kemenyanserani/ luban/kundar)Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal ". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah),dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara,
tadahlah ia dengan rendah diri pada Allah S.W.T"

sejauh mana kesahihan perkara tersebut tidak dapat sy pastikan..
kerna apa yg saya tahu kite yg m'nuntut ilmu tidak d'galakkan
untuk makan makanan yg b'ada dlm perut haiwan..
huallahualam bissawab..

Sunday, October 28, 2007

Taubat Seorang Hamba

10 Perkara Ditolak Doanya

Suatu hari,ibrahim bin adham pergi ke pasar basrah.Dia bertemu orang-orang disana dan mereka bertanya kepadanya,"wahai tuan,mengapa doa kami tidak dimakbulkan?apakah kesalahan kami?"

jawab ibrahim,"kerana hati kamu mati daripada 10 perkara "

tanya mereka,"apakah itu,tuan?"

jawab ibrahim,"kamu mengenal Allah tetapi tidak mentaati-nya.Kamu mengenali Rasullah tetapi tidak pernah mensyukurinya.Kamu tahu syurga namun tidak mencarinya.Kamu tahu neraka namun tidak menghindarinya iaitu meninggalkan maksiat dan dosa.Kamu mengenal syaitan namun tidak berusaha memeranginya,bahkan menyambut ajakkan-nya.Kamu tahu kematian namun kamu tidak bersedia menghadapinya.Kamu pernah menguburkan mayat namun tidak mahu mengambil pengajaran.Dan kamu bangun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan diri sendiri."


cebisan kata....maka kita sebagai seorang umat muslim janganlah kita selalu lalai,leka dan alpha dengan godaan didunia ini...kerana ianya akan menyesatkan dan merosakkan akidah kita...seharusnya kita sebagai manusia harus sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan sama ada kita sedar atau sebaliknya...B'sembahyang,beramal dan beriman...semua itu tidak perlu dilakukan ketika diri kita dalam kesusahan atau lain²sahaja kerana bertaqwa,beriman dan beramal tidak perlu menunggu bila kita dah tua mahupun ketika ditimpa musibah baru hendak bertaubat....kerana mungkin pada masa itu kita sudah tidak berdaya.Adakah kita tahu bila kita akan mati???adakah kita tahu dimakah kita akan ditempatkan di akhirat kelak??itu semua diluar atas kemampuan@jangkaan kita semua...Maka bertaubatlah kita dan insaflah kita agar kita tidak dicampakkan kedalam api neraka yang panas bersama-sama dengan syaitan yang durjana...perbanyakkanlah kita beribadat kepada ALLAH S.W.T agar kita selamat dunia dan akhirat...sedarlah kamu sesungguhnya syaitan itu adalah musuh utama umat islam yang paling nyata....kerna syaitan telah b'janji akn m'nyesatkan umat² islam Maka sedarlah kita dari hayalan@dibuai mimpi sedarla..bangkitla..marilah kita menuju kejalan ALLAH SWT..
yang lebih selamat dan cinta yang abadi..

Kalimah Rahsia

luluh hatiku yang satu menatap wajahmu,
tenang dalam lena...
kasihku zahirkan lagu,
sedangkan bibirku,jauh dari lafznya....
dan raut tuamu,memberkas jiwaku
meredhakan rindu,mendamaikan kalbu,
tak mungkin ku temu,iras sentuhanmu
biarpun ku redah seluruh dunia mencari gantimu ooo.....

c/o

betapa sukarnya, menyusun bicara meluahkan rasa,
menuturkan sayang kasih yang terlimpah,hanya sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yang melindungi kalimah rahsia...
masihku biarkan waktu,melarikan lafaz kasihku padamu,

mengapakah sukar menyusun bicara,meluahkan rasa
menuturkan sayang, kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah,
cuma ungkapan bisu kalimah rahsia.....
apakah yang hilang,andai dilisankan bait penghargaan,
penuh kejujuran tak mungkin terlihat cinta....yang merona,
jika hanya renungan mata yang bersuara bukan atur...kata...


tiada lagi ertinya pengucapan...
andai akhir nafaz dihujung helaan
sebelum mata rapat terpejam
usah biarkan kehilangan
menggantikan lafaz...,yang tersimpan...


lagu : Epul mestica
lirik : Atie
artis : Unic

Sedekah

Sedekah..Amalan bersedekah sangat digalakkan sebagai usaha membantuorang lain yang memerlukan.Sedekah tidak terbatas kepada harta benda sahaja malah merangkumi lebih daripada itu.Sedikit bantuan walaupun setakat mengangkat barang untuk orang tua yang lemah,atau sekadar sekuntum senyuman,juga dikirasedekah.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya,Rasullah s.a.w bersabda"Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah setiap hari.(Iaitu)mendamaikan dua orang yang berbalah adalah sedekah menolong orang naik kenderaan atau menolong mengangkat barang keatas kenderaan,itu pun sedekah.Ucapan atau tutur kata yang baik,juga sedekah.Setiap langkah anda menuju solat,sedekah.Dan menyingkirkan sesuatu yang berbahaya dijalan awam,adalah sedekah." (sahih muslim)
lihatlah betapa senangnye untuk bersedekah....dan sedekah ini juga kita mudah untuk melakukannya bila² mase sajetidak kire tempat atau masa...alangkah ruginya kita jika kita tidak mengamalkan atau tidak melakukannya....kerana terdapat banya keberkatan disebalik pekara yangtidak dapat kita lihat dengan mata kasar kita...ALLAH maha pemurah dan pengasih...bersyukurlah kita yang telah terpilih menjadi mukmin dan hambanya....dalam bersedekah juga tidak semestinya perlu menunggu sehingga kita jadi kayauntuk memberi sedekah malah ada banyak lagi cara yang kita boleh buat, jika kita orang yang tidak berkemampuan.... kita jua boleh bersedekah jua....semoge segala apa yang kita lakukan didunia ini akan diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT....insya Allah....

Harapan Ramadhan

Ramadhan kembali lagi...

Bertandang dengan penuh rahmat dan keampuanan,

Kehadiran dinanti dengan penuh harapan,

Moga ianya penuh beerti menggamit impian

Ramadhan ini kusemat satu azam dihati

Memanfaatkan dengan penuh pasti,

Bertawakal dan menyerah diri,

Semoga dilimpahi rahmat ar-rabbi...



Ramadhan kulalui bersama harapan

Agar segala amalan menjadi sandaran,

Membekas di diri menjadi muslim kulli syamilan,

Mengamal segala suruhan,

Bersyukur kerana diberi kesempatan...



Oh Tuhan pencipta alam,

Al-Khaliq yang mengurniakan ramadhan

Kupohon segala petunjuk dan kekuatan

Agar ku menjadi hamba yang kerinduan

Bak pungguk rindukan bulan

Pasrah meredah mencari keredhaan...
Sesungguhanya hidup dan matiku

Dan segala rongga ruang amal perbuatanku

Hanya untuk Mu...



Moga ramadhan ini dapat ku gapai segala harapan

Mendapat segala kerahmatan keberkatan dan keampunan.....
Ramadhan berdetik terasa terlalu laju

Terasa singkat menghitung hari-hari yang dituju

Atas limpahan kasih sayang dari Mu...

Dengan sendu dan pilu kupohon sesuatu

Semoga harapan ramadhanku dimakbulkan tuhan....


Amin.......ya rabbal alammin....

Falsafah Hidup..

Falsafah Dalam Menundukkan Nafsu....

1.Menundukkan Ego Tidak mudah untuk seseorang untuk menundukkan rasa egonyadihadapan orang lain walaupun dalam keadaan tertentu dia memang tersilap.Begitupun jua didalam menjalani ibadah puasa,adakala egonya tercabar.Untuk menundukkan ego,hati akan merasa menderita dan sakit.


2.Mengawal MarahEgo dan sombong membuatkan mudahnya tercetus rasa marah dan tindakan marah-marah di rumah,di kelas,di pejabat atau ketika memandu dijalan raya,ada saja insiden yang boleh mencetuskan rasa marah.untuk mengawal rasa marah perlukan kekuatan untuk melawan nafsu.Ini memang susah kerana nafsu tidak boleh dilihat dan dipegang itu yang degil.Susah untuk dikekang.Lebih-lebih lagi kalau sudah terbiasa dilayan dan dipenuhi keinginan-nya,tentunya tidak mudah untuk ditundukkan tanpa rasa susah dan sakit.


3.Membuang rasa malasMalas mengulangkaji,malas beribadah,malas berbuat baik,malas untuk bersusah-susah...semua ini tabiat nafsu yang perlu dilawan.Dalam keadaan berpuasa,nafsu akan membuat pelbagai alasan untuk mengajak diri kita untuk bermalas-malasan.Melawan adalah salah satu cara yang terbaik,dan melawan ajakan nafsu ini juga amat susah dan kekadang menyakitkan ikutan nafsu,kita sukebersenang-lenang saja sementara menunggu waktu berbuka atau tidur selepas bersahur.Tak perlu susah-susah mengaji Al-Quran,solat sunat,berzikit,beselawat,bersedekah dan berbuat macam²amalan yang baik.


4.Membebaskan diri dari tabiat buruk-mata,mulut,telinga dan lain²anggotaNafsu sentiasa mengajak mata menonton apa yang dilarang oleh ALLAH SWT atau yang melalaikan kitadari ingat ALLAH SWT atau memandang sesuatu yang boleh meransang syahwat.Nafsu juga kuat mendorong mulut untuk bercakap pekara yang mensia-siakan dan boleh mendatangkan dosa seperti mengata dan mengumpatNafsu juga mengajak telinga mendengar yang haram,mengajak tangan dan kaki melakukan dosa.Untuk melawan semua ajakan nafsu ini,hati akan rasa sakit.Walaupun susah dan sakit,apa saja yang kita hadapi dan jalani sepanjang beribadah,wajib kita terima dengan sabar,redha,syukur,merendah diri dan berbaik sangka dengan ALLAH SWT dan dengan sesama manusia.Sejauh mana kita mampu menanggung kesusahan dan kesakitan itu dengan menyuburkan sifat-sifat terpujiorang-orang yang soleh(seperti yang banyak dicatatkan kisahnya)sentiasa berbaik sangka dengan allah atas apa saja yang allah datangkan kepadanya.sebab itu pekara yang asalnya tidak menyenangkan dan menyusahkan,dapat mereka terima dengan redha.Malah mereka bersa lebih bersyukur kerana mereka tahu ianya satu petanda allahhendak memberi mereka kebaikan atau hendak ditingkatkan darjat mereka.
Mutiara KataRasullah S.a.w bersabda :"Barang siapa yang dikehendakinya Allah menjadi baik maka diberinya penderitaan "
Kita belum sampai ke tahap boleh merasa nikmat dalam sakit,tetapi ada hamba-hamba Allah masih boleh panjatkan kesyukuran kepada Allah ketika menghadapi saat kesusahan dan penderitaan.Sesetengahnya amat susah dan menderitadengan musibah yang menimpa seperti kekurangan bahan makanan dan air atau menghadapi situasi peperangan.Tapimereka masih boleh bersyukur.Oleh itu,jika waktu-waktunya kita disusahkan dan disakitkan oleh ALLAH SWT sepanjang beribadah,kita patut memujuk hati agar menerima keadaan itu dengan dengan redha.Malah kita boleh latih diri untuk bersyukur,kerana masih ada orang lain yang lebih susah dan menderita.Kita akan rasa betapa kecilnya kesusahan dan kesakitan yang kita tanggung berbanding dengan nikmat dan anugerah yang ALLAH SWT hendak beri kepada umat-umatnya



Pandangan tambahan : Antara program-program hiburan yang semakin mendapat tempat dihati para remaja mahupun kalangan dewasa :*Akademi Fantasia*Malaysia Idol*Audition*Siti Nurhaliza Fantasia Tour *Mencari Jodoh*Dan realiti yang becelanggah dengan ajaran islam....

Doa

Tiga Golongan Yang Dimakbulkan Doanya....
Golongan Pertama : Pemimpin yang berlaku adil pemimpin yang selalu membela orang-orang yang benar dan menghukum mereka yang bersalahtanpa pilih kasih,yang selalu mendahului kepentingan rakyat serta menggunakan pangkat dan kedudukansemata-mata kesejahteraan umat dengan niat kerana ALLAH SWT.Sejarah mencatatkan,Fatimah isteri khalifah umar bin abdul aziz,sering melihat suaminya menagis dimasjid.Ia berasa hairankerana negara yang dipimpin oleh khalifah umar adalah negara yang makmur.Ketika Ftimah bertanyakan perihal tersebut maka khalifah umar menjawab "saya sedang merenung nasib rakyat,takut masih ada diantara mereka yang lapar,yang sakit tanpa rawatan,yang tidak mempunyai pakaian,yang dizalimi.yang terasing,yang tua tanpa bantuan,yang miskin tetapi mempunyai ramai tanggungan.saya sedar sebagai pemimpin akan ditanya setiap perkara dibawah kepimpinannya di akhirat kelak.saya takut sekiranya saya tidak mempunyai alasan yang munasabah,sebab itulah saya menagis".


Golongan Kedua :Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka Orang yang sedang berpuasa adalah orang yang hampir untuk dikabulkan doanya.Diriwayatkan oleh imam Abu Daud,dari Abdullah bin Umar bahawa dia mengatakan dirinya mendengar rasullah saw bersabda "orang yang berpuasa mempunyai doa yang mustajab pada masa berbuka"Alangkah bahagianya orang-orang yang berpuasa yang jiwa dan hatinya beusaha untuk mendapatkan maghfirah dan keredhaannya.Firman ALLAH SAW :
Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadaku tentang aku,(jawablah)bahawasanya aku adalah dekat.Aku mengmakbulkan pemohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi(segala perintah)-ku dan hendaklah mereka beriman kepadaku agar mereka selalu berada dalam kebenaran"[al-baqarah :186]




Golongan Ketiga :doa orang-orang yang teranayaorang-orang yang ditindas sama ada fizikal ataupun mental.Sesungguhnya doa merupakan bukti bahawa manusia adalah hamba yang lemah serta tidak mempunyai daya dan uapaya kecuali dengan kehendak ALLAH SWT.Doa juga simbol keredhaan hati seseorang hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan ALLAH SWT.Jika bukan kepada ALLAH SWT kita mengadu dan bergantung harap,lantas kepada siapa lagi kita hendak berlindung??
meskipun demikian,harus di ingatkan bahawa doa haruslah disertai denagn ikhtiar dan usaha yang bersungguh-sungguh dengan cara yang disukai ALLAH SWT.Tanpa berdoa atau memohon kepada ALLAH SWT adalah sifat sombong.Maka tatkala doa dan ikhtiarbenar-benar telah kita lakukan.Sewajarnya kita bertawakal kepada ALLAH SWT dengan di iringi keyakinan bahawa ALLAH SWT akan mengmakbulkan doa kita.