::::..::PhotoGrapher_sPaCe::..:::

..::Salam Mesra Abadi::..
nama diberi Salbiah bte Ab Razak,dilahirkan didunia pada 25 Ogos 1989,anak kelahiran Johor Darul Takzim,seorang bekas pelajar dari :-
* Sek.Keb.Temiang,Muar
*Sek.Keb Pulau Sebang,Melaka
*Sek.Keb.Men Tampin,Negeri Sembilan
*Institut Latihan Perindustrian Selandar,Melaka
*Universiti Sains Malaysia,
*Kolej Yayasan Melaka,Melaka
dan sekarang berkerja sebagai seorang pelajar photographer dan designer yang sememang yer minat aq sejak dari seklh lagi...
insya allah pas nie sambong lagi balaja kat unikl@klmu.
nak knal kite ngn lebih dkat lagi...??sy anak ke-4 dari 4 adik beradik dan seorang yang agak pemalu tapi suke b'kawan
suke pada k'tenangan,xsuke bising² tatot...suke ambik gmbar tapi xsuke b'gambar,kahkah..suke sangat pada baby n budak kecik sebb diaorg makhluk ALLAH yg kiut n bersih dalam dunia nie...kalo nak cite sume mmg banyk sampai kapan pown xabis...so..don't worry kite xcombong salam kenalan dan ukhwah fillah dari saya love u all muahck......

Thursday, November 19, 2009

rahsia bantal

Tahukah anda watak seseorang dapat dikenali melalui cara mereka tidur dengan menggunakan bantal? Ini adalah kerana setiap dari kita mempunyai cara dan posisi tidur yang berbeza-beza????

Ada yang suka tidur tanpa bantal, ada yang suka memeluk bantal dan ada yang mempunyai tabiat meletakkan bantal di bawah kakinya.

Inilah cara para pengkaji menilai sifat manusia berdasarkan cara kita memanfaatkan bantal..

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melaluimimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuatkeputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego

rahsia mata perempuan

Berikut ini dikongsikan dengan anda rahsia yang tersembunyi disebalik mata seorang wanita… Jangan tanya saya, boleh percaya ker, betul ker info ni? Sebab saya pun tak pasti…

Apa kata anda check dan nilai sendiri…



Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
Wanita ini baik.

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.



Mata yang seolah2 nak tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

So, apa kata anda? Anda dalam kategori jenis mata yang mana satu? Ada yang mengena…tepat atau sipi2 saja? Atau langsung tak kena? Anda baca dan anda nilai lah sendiri… Saya hanya berkongsi maklumat yang ada…

rahsia disebalik demam

Saya kalau balik kampung, memang suka drive waktu malam. Dah jadi cam hobi. Tapi dengan syarat, sebelum drive tu saya kena tidur dulu dalam sejam dua. Bangun dari tidur, mandi-mandi sikit, sarung baju dan terus drive. InsyaAllah, kalau suruh saya drive sepanjang-panjang malam pun, NO HAL…tiada masalah. Memang saya suka dan rasa seronok drive malam. OK, cukuplah sekadar itu dulu mukaddimah artikel kali ini. Saya harap korang tak menyampah baca ianya sekadar sembang-sembang kosong saya tu..hehe.

Adapun, dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang rahsia di sebalik demam.



Kebetulan, sepanjang saya berada di rumah mak mertua saya semasa cuti lepas, mak mertua saya tak sihat. Dia demam sejak seminggu yang lepas. Walaupun dah telan bermacam-macam jenis ubat, namun demam tak juga kebah-kebah. Makan tak selera, tidur tak nyenyak, sakit sendi-sendi, badan tak larat…nampak sangat muka mak mertua saya tu lesu dan tidak bermaya sekali. Kesian juga saya tengok keadaan mak mertua tu. Namun, tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali berdoa pada ALLAH semoga dia cepat sembuh dan kebah dari demamnya. Aminnn.

OK lah, bercakap tentang demam ni. Saya ada menyimpan satu artikel yang menerangkan tentang perihal demam ini. Sukacitanya saya kongsikan artikel tersebut dengan anda semua. Semoga bermanfaat.


RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka.

Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang
memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. (Surah Al-Anbiya¡|: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani”.

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

“Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Bagaimanakah dengan kita apabila ditimpa demam? Adakah kita akan merungut-rungut? Atau kita tetap redha dengan ketentuan ALLAH pada kita? Fikir-fikirkan….

rahsia disebalik amalan sedekah

Hujung minggu lepas, saya telah berkesempatan mengikuti ‘personal coaching‘ mengenai ‘Smart Blogging‘ di Johor Bahru. Oleh sebab malas nak drive sendiri, saya telah pergi ke JB dengan menaiki keretapi. Dan balik semula ke KL dengan menaiki bas.

Entahla, saya pun dah tak berapa ingat, sudah berapa tahun saya tak naik bas ekspress. Terasa agak kekok juga. Masa nak beli tiket tu pun, terpinga-pinga tak tau nak pilih bas yang macammana. Nasib baik ada anak jati JB yang tolong ‘guide‘ kan.

Alhamdulillah, akhirnya kami (saya dan seorang lagi kawan dari KL), telah membeli tiket bas JB — KL yang dijadualkan bertolak pada pukul 7 malam. Harga tiket bas ialah RM31 untuk sehala (JB - KL). (* Sekadar maklumat : Kalau keretapi pula, tiket KL — JB, untuk tempat tidur katil atas ialah RM37, tempat tidur katil bawah RM42 dan tempat duduk kerusi RM29)


Jalan-jalan cari makan...

Setelah jam menghampiri pukul 7 malam, kami pun naik la bas. Saya duduk di kerusi no 15 dan kawan saya (wizurai) duduk di kerusi no 16. Kami pun berbual-kosong sementara menunggu bas bergerak.

Kini jam telah menunjukkan pukul 7.20malam, tapi bas masih belum memulakan perjalanan. Seorang anak muda berbangsa Cina yang duduk berhampiran tempat kami, mula menunjukkan rasa tidak puas hati. Dia turun ke bawah berjumpa dengan pemandu bas, bertanyakan bila bas nak bergerak? Dia nampaknya begitu bengang sekali. Mana tidaknya, dia dah duduk tunggu dalam bas tu tadi sejak pukul 6.45 petang lagi. Sekarang dah dekat pukul 7.20 malam. Tapi bas masih tetap tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memulakan perjalanan.

Kami hanya melihat telatah anak muda berbangsa Cina tu. Malas nak masuk campur. Kalau nak ikutkan hati, sebenarnya saya pun bengang gak dengan cara pengurusan bas tu. Yer lah, kalau kata bas pukul 7 malam, maka bertolak la pukul 7 malam. Janganlah tipu pelanggan kata bas pukul 7 malam, tapi sebenarnya bas bertolak pukul 8 malam. Siapa tak bengang?

Kira-kira jam 7.30 macam tu, tiba-tiba ada seorang budak perempuan (umur dalam sekitar 10 tahun macam tu kot) naik ke dalam bas. Dia membawa satu tin kecil dan sebuah beg kecil yang diselimpangkan pada bahunya. Budak tu tanpa sepatah perkataan pun, dengan muka kesian, tanpa perasaan, terus menghulurkan tin kecil yang dibawanya kepada setiap penumpang yang duduk dalam bas, meminta sesuatu. Tapi saya lihat, tiada seorang penumpang pun yang memberikan apa-apa kepada budak perempuan itu.


Aduhai, sesungguhnya hati kecil ku memang begitu tersentuh melihat keadaan itu. Saya memang tak boleh tahan tengok orang yang meminta sedekah ni. Perasaan kesian dan simpati akan secara otomatik menerjah masuk ke dalam jiwa ragaku.

Walaupun saya tahu, ramai juga di antara peminta sedekah atau pengemis ni, hanya mengambil kesempatan dan menipu. Malah dikatakan ada sindiket di sebalik peminta-peminta sedekah ni.

Namun, apa jua orang kata. Hati saya pasti akan tetap tersentuh apabila melihat keadaan dan muka ’seposen’ mereka tu. Aduhhh…

Jadi, apabila budak tu sampai ke tempat duduk kami, saya tanpa fikir panjang, ambil beberapa RM dari dalam wallet, dan masukkan dalam tin kecil yang dihulurkan oleh budak perempuan tu. Dengan wajah yang agak ceria dan sedikit senyuman, budak tu pun lantas bersuara dengan berkata…

“Terima kasih abang…” Dan dia terus berlalu pergi…

Entah mengapa, kata2 daripada budak tu, begitu menyentuh perasaan ku….hingga kini. Terasa ucapan terima kasihnya tu begitu ikhlas sekali…

Seminggu setelah peristiwa itu berlaku, saya telah terbaca 1 artikel yang sangat menarik. Artikel itu menerangkan tentang rahsia di sebalik amalan bersedekah (berdasarkan kajian). Setelah saya baca artikel tu, barulah saya faham mengapa kita akan berasa puas dan seronok apabila bersedekah.

Berikut ini adalah artikel tersebut. Bacalah, semoga kita dapat jadikan sikap suka bersedekah sebagai amalan kita. Tapi perlu diingat bahawa, kita bersedekah BUKAN kerana nak berasa puas dan nak rasa seronok, tetapi kita BERSEDEKAH ADALAH SEMATA-MATA KERANA ALLAH TA’ALA. Kita mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.


Bersedekah amalan mulia...

“NIKMAT BERSEDEKAH”

PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.

Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.

Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.

Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI).

Melalui pengimbas canggih itu segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti. Kemudian kesemua wanita ini ditunjukkan bahawa wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun tabung makanan (atau di sini sama seperti akaun zakat).

Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan bahagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarelawan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggungjawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.

Nabi kita telah memberitahu kita lama dahulu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah tahu nikmatnya. Tidak hairanlah penulis pernah melihat pakcik tua pada hari Jumaat pasti bersedekah.

Pakcik tersebut tahu, kita yang muda ini mungkin ada banyak pilihan lain untuk berseronok. Teringat pula kehebatan Saiyidina Umar Al-Khattab bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang bersedekah seluruh hartanya.

Tapi….KITA??!!

Rahsia Gerak Jari Anda

Percayakah anda bahawa setiap tindakan dan segala gerak badan kita ini sebenarnya sedikit sebanyak mempamerkan perangai dan sikap kita. Di bawah ini saya senaraikan beberapa jenis pergerakan tangan dan apakah yang boleh kita ramal tentang perangai dan sikap si pelakunya.

Memicit atau memegang hidung
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan

Suka ikut kepala sendiri.
Pentingkan diri sendiri.
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat.

Bermain dgn tangannya

Mempunyai tahap humor yang tinggi.
Pandai berjenaka.
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati.
Jenis open minded.

Mematahkan jari jemarinya

Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain.
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku

Gugup dan gementar bila berbicara.
Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut

Suka berkhayal.
Sukar diperdayakan.
Keras kepala.

Menongkat dagu

Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
Suka mendengar masalah teman2.
Setia dlm persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja

Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri.
Peramah.
Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan

Ramah dan berfikiran matang.
Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2.
Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu.

Memutar cincin

Sangat menepati janji.
Berhati2 dlm tutur kata.
Gemar hidup yang teratur.